prakata
Umat Akhir Zaman Bangkit Dan Mula Persoal Sistem Legasi Penjajah
Masalah Utama
Inflasi
95% wang di Malaysia dicipta oleh bank dari atas angin dan dihala terlalu banyak kepada pinjaman peribadi. Inilah penyebab sebenar inflasi. Dengan ini bank mencuri kuasa beli orang ramai. Di sini akan kami dedahkan segalanya.
RIBA
Setiap tahun bank membuat untung antara RM34-44 billion membuat kerja yang melandakan inflasi kepada orang ramai. Membuat si miskin bertambah miskin dan si kaya bertambah kaya. Mengapa kita mendiamkan sahaja?
penindasan
Golongan B40 semakin tidak mampu untuk menyara keluarga dan menanggung kos perubatan ketika sakit. Masa depan graduan universiti semakin malap. Bank pula mengganda untung atas sengsara orang susah.
PELAJARI SOLUSINYA
Sejak 2016 kami telah cuba sedaya-upaya untuk bentangkan solusi yang cukup matang yang mengambil kira segala sudut dalam ekonomi kepada para pemerintah. Namun mereka enggan mendengar tenggelam dalam penipuan sistem monetari barat. Kita harus bangkit bersama untuk mengingatkan mereka sebelum terlambat. Sebelum itu mari pelajari dahulu solusi yang kami bentangkan dalam 3 episod dokumentari khas ini.
PALING LENGKAP DARI MONETARY JUSTICE
Emas dan perak adalah wang sebenar. Tetapi perjuangan mengembalikannya perlu berperingkat. Pertama, kita perlu hapuskan kadar bunga pada semua pinjaman. Kemudian beralih kepada wang soverin. Akhirnya barulah kita bersedia untuk kembalikan dinar dan dirham.
Siapa yang kata sistem monetari kita dah tak ada harapan untuk diubah hanyalah semata-mata alasan di sebalik kemalasan berfikir dan bertindak untuk menegakkan kebenaran.
Wang soverin adalah jawapan kepada ekonomi sifar riba dan sifar korupsi. Sebelum menafikan, pelajari dahulu perkara yang belum diketahui tentang wang soverin ini. Dah tiba masanya kita membuka mata dan hati untuk fahami perkara ini.